Collection: Baju Kurung Riau


Pakaian adalah perkara asas dan penting di dalam kehidupan seseorang  yang bertujuan untuk melindunginya dari panas dan sejuk. Di dalam masyarakat Melayu, fungsi utama pakaian  adalah untuk  menutup  aurat  mengikut  hukum  agama  Islam  yang  dianuti  oleh masyarakat  Melayu  ini.  Selain  itu,  ia  juga  berfungsi  untuk  melindungi  kulit  dari  cuaca panas  atau  sejuk  dan  keadaan  sekeliling.  Sebelum  kedatangan  Islam  di  Tanah  Melayu, kaum  wanita  di  sini  hanya  berkemban  dan  cara  pemakaian  ini  pula  dianggap  sebagai pakaian  wanita  Melayu  yang  tertua  dan  terawal.  Walaupun  berkemban  dianggap  tidak sopan,  tetapi  pada  helaian  ketiga  pemakaian  ini  dipakaikan  pada  bahagian  bahu  untuk menutup  anggota  badan  yang  terdedah.  Kedatangan  agama  Islam  bukan  sahaja  telah menukar  cara  dan  nilai  agama  pada  orang  Melayu,  bahkan  telah  menukar  cara  mereka berpakaian  kepada  memakai  baju  yang  lebih  menutup  keseluruhan  anggota  badan  dan dilihat lebih sempurna

 



Setelah  kedatangan  Islam  ke  Tanah  Melayu,  masyarakat  Melayu  mula  mencari  identiti mereka  dalam  berpakaian  terutama  sekali  wanita  yang  memakai  pakaian  dan  aksesori kepala mengikut kelas lapisan masyarakat. Mengikut kajian terdahulu, baju kurung telah wujud lebih dari dari 600 tahun terdahulu. Pakaian ini menjadi kebanggan dan warisan masyarakat  Melayu  sejak  abad  ke  15  pada  pemerintahan  Kesultanan  Melaka.  Baju Kurung  ini  juga  terdapat  beberapa  jenis  variasi  mengikut  negeri  di  Tanah  Melayu antaranya  Baju  Kurung  Teluk  Belanga,  Baju Kurung  Cekak  Musang  dan  Baju  Riau Pahang.Antara baju yang jarang didengar dari dulu adalah Baju Riau Pahang. Ini kemungkinan baju tersebut hanya dipakai oleh golongan yang tertentu sahaja. Zubaidah Shawal (1994) berpendapat baju ini hanya boleh didapati di istana-istana dan pada golongan bangsawan sahaja. Asal-usul Baju Riau Pahang ini juga masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini walaupun ada pendapat  yang mengatakan ia kemungkinan berasal dari Pahang atau Johor Riau. Pakaian ini juga dikatakan diperkenalkan pada awal kurun ke -20 tetapi ini juga tiada bukti kukuh untuk disokong kesahihannya.Sesetengah  masyarakat  menyebut  Baju  Riau  Pahang  sebagai  Baju  Belah  atau  Baju Kebaya Turki. Ada juga berpendapat bahawa Baju Riau Pahang ini adalah adunan dari Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kebaya Labuh. Menurut cerita, pakaian ini telah diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam iaitu puteri kepada Sultan Ahmad Al Muazzam Shah  (Sultan  Pahang  1).  Ikatan  perkahwinan  Tengku  Ampuan  Mariam  dan  Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu  ke XIII) di mana ikatan  perkahwinan ini menjadi salah satu sebab mengapa Baju Riau Pahang hanya boleh didapati di kedua-dua  negeri  tersebut  sahaja.  Pemakaian  baju  ini  juga  tidak  meluas  ke  negeri  lain  seperti mana Baju Kurung Kekek yang rata-rata dipakai oleh wanita Melayu seluruh Nusantara.Walaupun terdapat banyak kajian dan penyelidikan mengenai pemakaian orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu tetapi tidak ramai pengkaji yang memberi fokus kepada Baju  Riau  Pahang  itu  sendiri.  Ini  adalah  mungkin  disebabkan  pemakaian  ini  hanya dikhaskan  kepada  golongan  istana  dan  tertentu  sahaja,  tidak  seperti  Baju  Kurung  lain yang  dipakai  oleh  segenap  lapisan  masyarakat  di  Tanah  Melayu  dari  dulu  hingga  kini. Asal usul busana Melayu ini juga masih menjadi tanda tanya kerana tiada catatan  yang sahih tentang kedatangan busana ini ke Tanah Melayu.Di antara berjenis baju tradisional orang Melayu, Baju Riau Pahang adalah yang paling rumit pembuatannya dan istimewa dari segi potongannya. Ia melibatkan potongan kekek dan   pesak   yang   memerlukan   tukang   jahit   yang   mahir   untuk   memotong   dan mencantumnya. Jika diteliti kepada cara pembuatan Baju Riau Pahang ini, ia tidak dapat ditiru oleh mana-mana tukang potong jikalau hanya dipandang sekilas pandang. Baju ini juga dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang mengikut pangkat dan kedudukan di dalam istana ( Busana Melayu –Zubaidah Shawal –1994). Selain itu material  yang digunakan  juga  amat  sukar  didapati  kerana  ia hanya  digunakan  oleh  sekelompok masyarakat sahaja terutama golongan istana dan bangsawan.




Sejarah Disebalik Baju Kurung Riau








Baju Kurung Riau pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

Evolusi fashion saat ini semakin cepat untuk menyesuaikan dengan perubahan trend tahun 2021, dan selalu menjadi pilihan wanita karena berbagai gaya baru menambahkan sedikit sentuhan modern. Dengan setiap revolusi yang berubah, identitas asli fashion seperti Baju Kurung Pahang telah terjaga. Baju Kurung Pahang tidak pernah ditelan waktu dan masih trendi di pejabat atau tempat kerja dan acara-acara di Hari Raya.

Baju Kurung Pahang waktu kini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Dengan memperagakan gaya yang kelihatan simple tetapi elegan. Selain itu, diperbuat daripada pelbagai jenis kain yang dapat memberi keselesaan kepada si pemakai dan pengguna.



















Ciri - Ciri Baju Kurung Riau

Ciri - Ciri Baju Kurung Riau

Dari pandangan kajian yang dijalankan telah melibatkan tiga aspek perubahan kepada rupa bentuk dan potongan di dalam evolusi Baju Riau Pahang ini seperti berikut:


  1. Potongan baju asal adalah longgar dan mengikut syarak di dalam pemakaian baju. Faktor bahawa kaum wanita Melayu pada masa itu yang menitikberatkan tatasusila, adat dan budaya berpakaian cara orang Melayu amat diambil kira. 

  1. Potongan yang telah di evolusi sekarang mengikut kehendak pasaran di Malaysia, pakaian ini telah diubah sedikit dari segi tiada lagi kocek digunakan sebagai fungsi utama pakaian ini. Kocek pada asasnya digunakan oleh kaum wanita sebagai tempat menyimpan duit atau sapu tangan. Kini kocek itu seolah-olah tiada fungsi lagi apabila kaum wanita sekarang lebih suka membawa tas tangan

  1. Potongan pada pesak juga telah diubah pada bahagian hadapan di mana potongan asasnya pesak bercantum pada bahagian belakang dan tiada potongan pada bahagian hadapan. Sekarang potongan hadapan dan belakang adalah sama dan ia sedikit sebanyak telah mengubah rupa bentuk pakaian itu sendiri. Ini secara tidak langsung Baju Riau Pahang kini lebih mengikut rupa bentuk susuk badan di pemakai.




























Fungsi  Baju Kurung Riau 


Fungsi  Baju Kurung Riau


Pada zaman dahulu baju kurung digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan majlis agama. Di Malaysia, secara amnya seluruh kaum wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Namun baju kurung yang menjadi pakaian rasmi sekolah ini hanya berbeza dari segi rekabentuk dan potongan mengikut negeri masing-masing.

Selain itu, baju kurung juga berfungsi sebagai pakaian pelengkap perkahwinan. Jahitan baju kurung diketengahkan dalam penghasilan baju pengantin. Hal ini boleh menaikkan lagi fungsi baju kurung supaya tidak terus lapuk dek perubahan arus globalisasi.

Seterusnya baju kurung juga berfungsi untuk majlis kesyukuran ataupun untuk majlis-majlis agama. Baju kurung ini dipakai oleh kaum wanita sebagai langkah untuk menutup aurat ketika berada di tempat umum. Ia juga sebagai tanda menghormati majlis-majlis tertentu.

Disamping itu juga, baju kurung juga dipakai sewaktu upacara pengebumian atau kematian. Ia dipakai bagi menghormati keluarga dan si mati serta untuk menjaga adab ketika berada ditempat yang suram seperti itu.


























Terdapat Pengaruh Islam Dalam Reka Bentuk Baju Kurung Riau



Setidaknya ada tujuh jenis kain yang digunakan oleh wanita istana: Songket, Terepuk, Pelangi, Suji/Tekat, Serasa, Taffeta dan cindai. Semua jenis kain tersebut menggunakan bahan yang mewah dan kain import seperti tenun taffeta di Istanbul dan linen dari India,  dengan proses dan teknik seperti bordir (tecat, suji), tenun (shindai) dan menyungkit.(Songket), Pelepuk (Telepuk) , Ikat Celup (Pelangi). Pandangan yang disuarakan oleh oleh Raja Fauziah Raja Tun Uda yang telah bekerja di Istanbul selama beberapa tahun berpendapat bahawa Baju Riau Pahang mirip pakaian orang Turki dahulukala.  


Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor kerap berkunjung ke Turki untuk bercuti selama berbulan bulan lamanya. Mungkin kerana tertarik dengan keindahan pakaian orang Turki, maka unsur unsur pakaian Turki itu diambil dan diserapkan ke dalam pakaian kerabat diraja Johor. Kunjungan kerabat diraja Johor ke Turki bukan sahaja bermula dari era Sultan Abu Bakar, bahkan semenjak Raja Riau-Lingga yang berkunjung ke sana pada tahun 1825.


Baju Pahang menyerupai baju formal wanita Melayu yang lain iaitu berbentuk seperti leher baju kurung cekak musang tetapi bajunya terbelah di hadapan dari leher hingga ke kaki baju. -Bahagian hadapan baju di kancing dengan butang sejumlah lima, tujuh atau sembilan butir.

Pada masa dahulu, butang yang digunakan ialah butang baju Melayu lelaki tetapi sekarang baju ini telah digubah dengan menggunakan pelbagi jenis butang yang terdapat di pasaran.










Contoh Variasi Baju Kurung Riau Masa Kini


Contoh Variasi Baju Kurung Riau Masa Kini





Penutup


Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kajian dan penyelidikan mengenai pemakaian orang Melayu tetapi tidak ramai pengkaji yang memberi fokus kepada Baju Riau Pahang itu sendiri. Ini adalah mungkin disebabkan pemakaian ini hanya dikhaskan kepada golongan istana dan tertentu sahaja, tidak seperti Baju Kurung lain yang dipakai oleh segenap lapisan masyarakat di Tanah Melayu dari dulu hingga kini. Asal usul busana Melayu ini juga masih menjadi tanda tanya kerana tiada catatan yang sahih tentang kedatangan busana ini ke Tanah Melayu.


Terdapat juga kebarangkalian yang cukup kuat apabila pembuktian yang Islam sudah bertapak di kepulauan Melayu atau Nusantara se-awal abad ke 7 Maschi lagi, bila pendakwah Islam yang berasal dari Arab telah menetap di bandar-bandar dan pelabuhan utama dan mewujudkan keluarga-keluarga Arab yang kemudian berkahwin dengan anak-anak pemerintah dan mendirikan kerajaan Islam di kawasan tersebut.


Dengan kedatangan Islam ia bukan sahaja telah membawa satu kepercayaan baru kepada penduduk di situ malah telah turut mempengaruhi budaya orang Melayu nusantara yang pakaian Islam berlandaskan jubah yang menjadi dasar atau asas kepada cetusan pemikiran pemerintah untuk mewujudkan satu cara berpakaian menurut kedudukan dan pengaruh pemerintah di situ.


Penerimaan Islam juga menimbulkan reaksi positif terhadap perubahan pakaian penduduk di situ. Yang paling mirip kepada baju jubah dari segi potongan penggunaan fabrik, menjurus kepada Baju Kurung Pahang. Sekiranya kajian ini dijalankan dengan lebih mendalam dan saintifik, Baju Kurung Pahang boleh dianggap baju Melayu pertama yang wujud di Nusantara setelah kedatangan Islam.

No products found
Use fewer filters or remove all