Collection: Baju Kurung Teluk Belanga

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju

 

ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi.


Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kerlingan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.



Pandangan Pakar tentang asal usul Baju Teluk Belanga


Menurut Dato’ Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam bukunya Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung yang dipakai sehingga sekarang berasal dari negeri Johor. Menurut beliau, pakaian tradisional ini dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura. Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit “tulang belut” dan “sembat halus” pada seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang. Rumah kancing

dibuat dengan jahitan ‘insang pari’. Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini

dipadankan dengan seluar serta kain samping dagan



Ciri – Ciri Baju Kurung Teluk Belanga







Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali; 


  1. a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. 

  1. b)  Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatanlipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.
































Baju Kurung Teluk Belanga Adalah Simbolik Pakaian Tradisional Kaum Melayu





Baju Kurung Teluk Belanga adalah baju pakaian tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung Teluk belanga terbahagi kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung Perempuan. Baju Kurung Lelaki juga dikenali sebagai Baju Melayu. Ia juga menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei. Baju Melayu juga boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand. Terdapat dua jenis Baju Melayu iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak kira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis rasmi dan majlis agama. 


Selain itu, mereka juga akan memakai baju ini apabila menghadiri kendurikendara ataupun menunaikan solat Jumaat. Kewajiban baju ini adalah pada hari Raya.Pe

makai baju melayu akan kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan bersama sampin

g dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri kendara ataupun sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat ataupun kain tenun sutera. Baju Kurung Cekak Musang merupakan adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan samping bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah. Manakala, Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar.





























Variasi Baju Kurung Teluk Belanga Waktu Moden 






Penutup 


Sebagai penutup, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu dikekalkan dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat Melayu menitikberatkan kepribadian luhur dan murni, serta dibekalkan dengan pakaian tradisi untuk melindungi anggota badan. Justeru itu, perkara ini perlu diteruskan sebagai satu usaha memelihara pakaian tradisional masyarakat Melayu agar terus dikenali sejajar dengan perkembangan dunia fesyen tanah air. Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan dengan pelbagai jenis pakaian mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun, pengaruh pemakaian barat mula menghakis adat pakaian tradisional kita. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab penuh untuk mempertahankan keunikan adat pakaian di negara kita yang telah diwarisi sejak turun temurun lagi. Sebenarnya, pakaian tradisional mempunyai makna tersirat positif yang ingin disampaikan oleh nenek moyang kita. Namun begitu, jajahan budaya barat telah mengancam tradisi-tradisi ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Oleh sedemikian, generasi muda zaman ini haruslah sedar terhadap kepentingan budaya dan adat. Bagaikan kacang jangan lupakan kulit. Walaupun persaingan dunia peragaan dan busana telah berkembang pesat, tetapi permintaan terhadap pakaian tradisional Melayu masih mendapat tempat di hati masyarakat kita. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ’Tak lekang dek panas dan Tak lapok dek hujan’. Semoga kegemilangan pakaian tradisional Melayu akan terus terpelihara dan berterusan dari satu generasi ke generasi akan datang

No products found
Use fewer filters or remove all