Collection: Baju Kurung Moden Rekaan Baru dan Viral Murah


Baju kurung merupakan sejenis pakaian tradisional bagi masyarakat Melayu yang berada di  rantau Nusantara yang (terdiri daripada negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Malaysia, dan Brunei). Ia dipakai oleh kebanyakan oleh semua orang tanpa mengira umur, bangsa atau agama. Baju kurung biasanya dipakai untuk acara rasmi dan perkahwinan, pertunangan, dan upacara keagamaan. Ia telah menjadi pakaian rasmi bagi penduduk Malaysia dan Brunei.

Baju Kurung Moden


Sejarah pakaian baju kurung itu dikatakan berasal dari Mesir, dan kemudiannya diperkenalkan ke Indonesia melalui pedagang apabila Islam mula tersebar di Kepulauan Melayu. Nama asal baju kurung adalah baju longgar, diambil daripada perkataan "djallabiyah". Menurut maklumat Century Star Malaysia, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pakaian penduduk Melaka pada asalnya pendek, tetapi kemudian diubah suai oleh Tun Hasan, Istana Tenmeng Melaka. Beliau merupakan anak kepada Tun Mutahir, menteri kewangan Melaka yang ketujuh, dan dikatakan sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Reka bentuk baju kurung tradisional yang longgar dan labuh yang masih wujud sehingga kini dikreditkan kepadanya.


Bagi mengelak pakaian ini berlalu dari masa ke masa, telah wujud ramai pereka fesyen tempatan yang mengetengahkan idea dengan memberi nafas baharu, menghasilkan rekaan terkini mengikut peredaran zaman sehingga lahirnya Baju Kurung Moden. Namun begitu, terdapat beberapa varian Baju Kurung moden yang diinspirasikan daripada rekaan tradisional atau budaya lain seperti Mini Kurung, Baju Kurung Peplum, Doll Kurung, Baju Kurung Saree, Baju Kurung Pleated, Baju Kurung Kimono, Baju Kurung Pahang moden dan lain- lain






















        



Ciri - Ciri Khas Yang Terdapat Pada Baju Kurung Moden 



  1. Tidak  Mempunyai Pesak 

Pesak adalah merupakan  jahitan yang berada di sisi baju yang biasanya terdapat pada rekaan tradisional bagi tujuan memberikan kelonggaran pada pakaian tersebut tetapi untuk rekaan baju kurung jenis moden ini biasanya tidak mempunyai ciri tersebut.









  1. Miliki Zip Baju  

Zip pada baju adalah ciri khas yang hanya terdapat pada rekaan baju kurung moden sahaja kerana seperti yang dinyatakan di atas, ianya tidak memiliki pesak. Zip biasanya terletak di bahagian belakang baju ataupun yang lebih terkini di bahagian hadapan baju.



  1. Mengikut Bentuk Badan

Selain daripada tidak mempunyai pesak, baju kurung moden juga mengikut bentuk badan dan juga pada bahagian pinggang baju berbentuk bagi menampakkan bentuk tubuh badan si pemakai tersebut untuk kelihatan lebih anggun dan moden.


  1. Jenis Kain Fabrik

Rekaan moden yang kita dapat lihat terkini menawarkan pelbagai jenis fabric mengikut citarasa pengguna seperti kain kapas, satin, kain sulam, organza, lace, chiffon, kain sutera, batik, linen dan banyak lagi.




  1. Aksesori 

Baju kurung moden menampilkan gaya aksesori tambahan seperti manik-manik, kerawang, sulaman dan labuci berbanding rekaan lama yang lebih ringkas (plain) yang tidak memiliki aksesori yang yang menyerlahkan baju si pemakai tersebut..












Contoh Variasi Baju Kurung Moden Yang Kita Dapat Lihat 



Baju Kurung Pahang Moden 



Ciri-ciri bajunya:


  • Baju kurung pahang moden sekarang ini lebih popular di kalangan bakal pengantin kerana kelihatan elegan dan ayu terutama buat bakal raja sehari. 
  • Rekaan asalnya hanya kain bercorak kosong dihiasi dengan selendang. Begitu selesa dengan saiznya, yang lebar dan besar dibawah. 
  • Kebiasaannya, jenis kain yang digunakan untuk baju kurung pahang moden ini adalah silk atau materials kain yang keras agar rekaannya terbentuk lebih kemas. 
  • Ditambah pula dengan gabungan brocade materials, lace, menambahkan lagi kecantikan si pemakai. 






Baju Kurung Kedah Moden 


Baju kurung moden






Ciri-ciri bajunya:


  • Rekaan asal baju kurung kedah adalah bersaiz besar dan tidak mempunyai bentuk pada baju si pemakai
  • Bagi baju kurung kedah moden kurung ini mempunyai shape atau pesak dan kainnya pula kain sarung menjadikan pattern baju yang menampilkan ciri baju kurung moden.
  • Kebiasaanya baju kurung kedah ini dibuat dari kain cotton dan rekaan asalnya berlengan 3 suku.
  • Rekaan bahagian baju kurung moden berlengan baju kurung yang lebih panjang berbanding rekaan asal. 
  • Rekaan baju kurung moden kelihatan lebih ringkas dan kemas, kelihatan lebih keayuaan kepada si pemakai, Memang sesuai untuk ke majlis atau sambutan hari raya.



































Baju Kurung Moden Lace 


baju kurung moden lace


Ciri-ciri bajunya:


  • Lace merupakan salah satu penambahan terkenal pada baju kurung dan boleh dikatakan menyerikan lagi baju polos.
  • Gabungan corak unik, digandingkan dengan alas baju kurung polos, menyerlahkan penampilan unik baju kurung tersebut.
  • Terdapat banyak gaya lace ini, ada yang hanya menghiasi bahagian lengan, leher, bawah baju atau keseluruhan baju.
  • Kain renda penuh pada pakaian juga menjadi pilihan yang popular.
  • Petua untuk penggayaan fabrik renda ini adalah dengan sedodonkan dengan fabrik yang lembut dan nipis untuk menjadikannya sepenuhnya renda.










































Baju Kurung Moden Songket 

baju kurung moden songket




Ciri-ciri bajunya:


  • Baju kurung Moden Songket tersohor dengan kesenian ragam corak dan jenis kain yang mewah kerana songket antara baju yang mengekalkan keaslian melayu tradisional.
  • Selain dari melambangkan kemewahan, corak songket kebiasaannya bermotifkan bunga, haiwan yang dihasilkan dari tenunan. 
  • Harganya sedikit mahal dan berbaloi jika anda sukakan gaya klasik moden. 
  • Songket ini boleh digayakan dengan pelbagai design seperti kurung moden, kurung pahang dan antara design yang sering dipilih. 
  • Kain pula direka sarung atau kain kipas. Bayangkan! Anda kelihatan bergaya dengan dengan tenunan songket asli klasik.

































Baju Kurung Cotton Moden 

baju kurung moden cotton

Ciri- ciri 

  • Baju kurung cotton Moden  ini merupakan antara pilihan pertama bagi orang perempuan untuk bergaya lebih ringkas  dan menjadikan si pemakai kelihatan lebih ayu. 
  • Rekaan Baju Kurung Cotton Moden ini selesa dan sangat sesuai untuk dijadikan pakaian harian untuk ke tempat kerja , kelas dan sebagainya.
  • Kain jenis cotton ini  memiliki kepelbagaian jenis corak dan yang paling terkenal adalah bentuk bunga yang kecil dan kain jenis warna plain yang memiliki pilihan warna
  • Bahan kain cotton ini jenis dingin dan hanya memerlukan masa yang kurang untuk seterika dan mudah berkedut. 


Baju Kurung Pleated 



baju kurung moden pleated






  • Jenis Baju kurung pleated ini boleh digambarkan baru untuk baju kurung di dalam pasaran negara kita ini. Kebiasaanya dipadankan dengan baju yang singkat dan kain jenis pleated creep.
  • Kain pleated ini terdapat beberapa jenis kain duyung yang ala-ala putri dan straight cutting lebih ringkas dan menarik perhatian.
  • Jika anda ingin pilih baju jenis kain pleated, pilih bahan dari chiffon atau silk kerana tekstur kain lembut dan selesa bila dipakai. 

Penutup


Sebagai penutup, baju kurung moden bukan sekadar melambangkan kesopanan, ubahsuai bertujuan untuk kelihatan lebih moden dan menjaga aurat si pemakai, bahkan juga merupakan identiti dan menampilkan kebudayaan bangsa Melayu kepada para orang asing yang datang berkunjung. Selain itu, si pemakai tidak perlu merasa bimbang akan dikatakan sebagai manusia yang  ketinggalan zaman bahkan tampak cantik, anggun, bergaya, selesa dan berasa selamat apabila mengenakan pakaian tersebut.

No products found
Use fewer filters or remove all