Collection: Baju Kurung Kedah

Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, penduduk wanita tempatan sering dilihat hanya memakai kain kemban dan mendedahkan sebahagian anggota badan mereka. Setelah kemunculan Islam, asimilasi budaya antara pedagang asing dari Tanah Arab, Cina dan India dengan penduduk tempatan telah melahirkan gaya pemakaian baru.Gaya pemakaian baru ini menepati citarasa yang lebih sopan, berkelubung, dan menutup aurat. Dari situ terciptalah sejenis pakaian yang digelar baju kurung. Pada asalnya, baju kurung dilaporkan berpotongan agak ketat dan singkat. Bagaimanapun, pada abad ke-15 Kesultanan Melayu Melaka, Tun Hassan Temenggong telah mengubah suai potongannya. la menjadi lebih longgar dan labuh sebagaimana baju kurung yang kita kenali pada hari ini.

Secara umumnya, baju kurung dalam sejarah awal dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Baju kurung yang dipakai oleh orang lelaki dipadankan dengan kain sarung sebelum penggunaan seluar menjadi popular. Bagi golongan wanita pula, baju kurung dipasangkan bersama kain sarung yang diikat dengan gaya ambak mengalur.


baju kurung kedah

Kisah Sebalik Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah sangat popular bagi wanita di Kedah dan juga negeri-negeri di utara Semenanjung. Dikhabarkan baju ini mempunyai pengaruh blaus di Selatan Siam kerana kedudukan negeri Kedah yang terletak bersempadan dengan Thailand. Baju kurung Kedah telah mula wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1803) yang merupakan nenenda kepada Sultan Abdul Halim Muadzam Syah dan Wan Hajar Wan Ismail. Sultanah Kedah, Wan Hajar Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Mak Wan Besar merupakan pelopor kepada fesyen baju kurung Kedah.  Walaupun begitu, pemakaian baju kurung Kedah ketika menghadap raja adalah dilarang sama sekali.

 

Hal ini kerana pakaian tersebut dikhususkan penggunaannya untuk golongan bangsawan dan orang besar istana sahaja. Lama-kelamaan, disebabkan potongannya yang pendek dan longgar, ramai wanita berasa amat selesa untuk menjadikannya sebagai pakaian harian. Antaranya ialah pakaian basahan di rumah, ketika mengerjakan sawah dan sebagainya. Sehingga kini, masih ramai wanita terutamanya golongan berusia yang gemar mengenakan baju kurung Kedah atas sebab pemakaiannya yang begitu senang dan selesa.

Pakaian Baju Kurung Kedah  yang  berasal dari Negeri Kedah ini diperbuat daripada kain kapas berbunga kecil atau kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipakai oleh kaum wanita dan boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan. Baju Kedah ini sering dipadankan dengan kain batik sarung atau kain pelikat. Namun begitu, padanan baju ini dengan kain batik sarung ikatan tindih kasih dan motif kepalanya di hadapan amat sesuai serta lebih manis dipandang. Manakala bagi golongan bangsawan, Baju Kedah diberi hiasan bersulam tekat kelingkan atau benang berwarna dan dipadankan dengan kain sarung bertenun.


Ciri - Ciri Khas Yang Terdapat Pada Baju Kurung Kedah

Ciri utamanya ada pada potongan Baju Kurung Kedah adalah memiliki seni reka  yang ringkas, dibuat secara longgar dan agak singkat jika dibandingkan dengan baju kurung biasa iaitu dengan anggaran paras bawah punggung sahaja. Baju Kurung Kedah Ini tidak berpesak dan tiada berkekek. Bahagian lengan baju pula dibuat tidak terlalu panjang di mana ukurannya adalah sehingga seinci dari paras bawah siku atau lebih dikenali sebagai lengan tiga suku. Manakala potongan asal leher baju ini berbentuk bujur sireh.






Perbezaan Baju Kurung Kedah dan Baju Kurung Lainnya




Pada mulanya, baju kurung Kedah dijahit menggunakan kain kasa atau kain kapas. Kemudian kain tersebut akan dikeraskan dengan kanji.Walaupun bentuk baju kurung Kedah adalah seakan-akan baju kurung Johor, namun ia tidak mempunyai kekek dan pesak. Antara dua ciri paling ketara yang membezakan baju kurung Kedah dengan baju kurung lain adalah di bahagian lengan dan potongan labuhnya.



  1. Jenis Potongan Bahagian lengan

  • Secara umumnya, bahagian lengan baju kurung Kedah adalah sedikit singkat berbanding baju kurung yang lain. 
  • Potongan lengan baju kurung Kedah berukuran tiga suku lengan. Manakala, lebar tangan pula adalah lebih luas berbanding baju kurung biasa.
  • Pada bahagian lehernya pula diilhamkan daripada tunik di mana lubangnya bercorakan bulat dan sedikit terbuka di kawasan hadapan. Namun, ia dibiarkan sahaja sebegitu dan sebarang kancing baju tidak dikenakan.


  1.   Jenis Potongan labuh baju

  • Kita dapat lihat pada labuh baju kurung Kedah hanyalah pada paras pinggul sahaja. Ia tidak akan sama dengan baju kurung lain yang memiliki  labuh paras paha ataupun di lutut.
  • Lazimnya, Baju Kurung Kedah memiliki ukuran yang agak longgar. Ia tidak akan menampakkan saiz bentuk tubuh dan diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak terlalu jarang.
  • Pada ketika dahulu, baju kurung Kedah mempunyai bentuk bunga-bunga kecil serta sering dijodohkan bersama kain batik ataupun kain sarong.
  • Namun waktu kini, rekaannya adalah lebih moden. Fesyen baju kurung Kedah ini boleh dianggap sebagai minimalis. Hal ini disebabkan ia tidak terlalu sarat dengan pelbagai corak dan warna

  1. Kepelbagaian Warna dan Corak

  • Kebanyakkan baju kurung kini memiliki warna yang lebih gelap berbanding cerah. Dulu kala kegunaan baju kurung terdiri warna yang tidak cerah ataupun digelar warna yang malap seperti warna hitam, hijau tua, coklat gelap dan lain-lain yang berikutnya. Bahkan warna baju kurung yang terdapat di pasaran adalah jenis warna yang terang lembut dan lebih kepada warna pastel cair seperti kuning pastel, hijau pastel, biru pastel dan lain-lainnya.
  • Baju kurung kedah ketika dulu dari segi corak ianya lebih kepada bermotifkan flora yang kecil secara berulang berbanding fauna tetapi kini kita dapat lihat lambakan corak bunga yang pelbagai tidak kira ianya kecil mahupun besar dapat kita saksikan di pasaran kita ini.





Contoh Variasi Baju Kurung kedah waktu kini



Baju kurung moden kedah

Di antara sekian banyak gaya busana Baju Kurung yang tersedia, ada pula yang khusus untuk wanita bertudung. Baju tersebut bernama Baju Kurung Moden Kedah. Busana muslim ini dicirikan dengan penggunaan, pada bahagian kolar, kolar kolar bay. Terakhir, baju kurung kedah moden ini ukurannya yang muat-muat.  Di lengan dibuat cukup pendek, di atas pergelangan tangan. Tanda kurung ini juga biasa digunakan untuk menghadiri pelbagai hari atau pesta perayaan. Yang jelas, baju ini juga sering dipadukan dengan kain songket, batik atau yang lainnya. Sehingga tampilan lebih segar, cantik dan kelihatan lebih elegan.






Baju Kurung Kedah  Songket


 

Kain songket merupakan salah satu bahan yang sangat baik digunakan dalam pakaian. Menggunakan kain songket yang membuat pakaian terlihat lebih elegan. Sebahagian besar kain songket dikenakan  pada bahagian kain, namun sebagian juga diaplikasikan pada bahagian pinggang.  Kain songket juga terkenal dengan tampilannya yang etnik dan unik. Maka tidak hairan jika kain songket menjadi salah satu bahan pakaian yang sering dibuat model pakaian lainnya.


Baju Kurung Kedah Satin Moden


Satin adalah jenis kain yang biasa digunakan dalam pembuatan pakaian. Pembuatan gantungan modern tidak terkecuali. Dengan kombinasi yang tepat, baju kurung terlihat lebih cantik dan elegan. Di samping, kebanyakan tetamu yang suka memakai kombinasi satin dan pita, sehingga pita satin ini akan sering kita lihat di acara-acara perkhawinan atau hari raya.




















Adakah pakaian Baju Kurung Kedah ini ketinggalan Zaman?

  • Sedia maklum kita tahu, baju kurung Kedah telah mula diperkenalkan sejak dahulu kala lagi, tetapi gaya dan pemakaiannya masih lagi mempunyai  versatile dan relevan hingga ke waktu ini.
  • Rekaan fesyen yang menggabungkan kedua-dua elemen moden dan tradisional serta penggunaan material berbeza mampu memberikan nafas baharu kepada rekaan baju kurung Kedah.
  • Ini menjadikan baju kurung Kedah tidak tenggelam dek zaman dan masih menjadi pilihan popular dalam kalangan masyarakat sehingga ke hari ini.
  • Fesyen kurung Kedah dipilih oleh wanita yang ingin tampak anggun, bergaya selain kegunaannya yang praktikal untuk dijadikan busana harian.
  • Evolusi fesyen baju kurung Kedah telah berkembang seiring dengan kesesuaian semasa dan pemodenan zaman.
  • Walaupun corak dan gaya padal hari ini mungkin menampakkan sedikit perubahan, namun segala unsur berbentukan tradisional masih lagi dikekalkan.


Penutup


Sebagai penutup, kita rakyat Malaysia, perlulah mengambil tahu serta cakna tentang sejarah dan asal-usul baju kurung Kedah. Hal ini disebabkan ia merupakan salah satu warisan dan budaya tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Walaupun ianya berteraskan konsep tradisional, golongan wanita pada masa kini masih lagi memakainya ketika menghadiri majlis tertentu dan semasa pergi kerja. Baju kurung kedah memiliki kekuatan dan nilai estetik yang harus dijaga sehingga hujung hayatnya supaya tidak dipunahkan oleh generasi kita ini dengan mewajibkan setiap wanita harus ada satu pasang baju kurung kedah ini dapat melestarikan lagi warisan di negara kita ini.

No products found
Use fewer filters or remove all