Collection: Baju Kurung Batik

Baju kurung merupakan sejenis pakaian tradisional bagi masyarakat Melayu yang berada di  rantau Nusantara yang (terdiri daripada negara-negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Malaysia, dan Brunei). Ia dipakai oleh kebanyakan oleh semua orang tanpa mengira umur, bangsa atau agama. Baju kurung biasanya dipakai untuk acara rasmi dan perkahwinan, pertunangan, dan upacara keagamaan. Ia telah menjadi pakaian rasmi bagi penduduk Malaysia dan Brunei.


Sejarah pakaian baju kurung itu dikatakan berasal dari Mesir, dan kemudiannya diperkenalkan ke Indonesia melalui pedagang apabila Islam mula tersebar di Kepulauan Melayu. Nama asal baju kurung adalah baju longgar, diambil daripada perkataan "djallabiyah". Menurut maklumat Century Star Malaysia, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pakaian penduduk Melaka pada asalnya pendek, tetapi kemudian diubah suai oleh Tun Hasan, Istana Tenmeng Melaka. Beliau merupakan anak kepada Tun Mutahir, menteri kewangan Melaka yang ketujuh, dan dikatakan sangat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Reka bentuk baju kurung tradisional yang longgar dan labuh yang masih wujud sehingga kini dikreditkan kepadanya.


Bagi mengelak pakaian ini berlalu dari masa ke masa, telah wujud ramai pereka fesyen tempatan yang mengetengahkan idea dengan memberi nafas baharu, menghasilkan rekaan terkini mengikut peredaran zaman sehingga lahirnya Baju Kurung Moden. Namun begitu, terdapat beberapa varian Baju Kurung moden yang diinspirasikan daripada rekaan tradisional atau budaya lain seperti Mini Kurung, Baju Kurung Peplum, Doll Kurung, Baju Kurung Saree, Baju Kurung Pleated, Baju Kurung Kimono, Baju Kurung Pahang moden dan lain- lain






Sejarah Batik 


Sejarah Batik Sejarah batik mengenai asal-usul batik dan teknik pembuatannya tidak dapat dipastikan dari mana asalnya. Terdapat dua versi yang dikatakan oleh beberapa ahli mengenai asal-usul batik. Versi pertama, batik berasal dari luar Indonesia yaitu India, China, Sri Lanka, Gujarat dan Afrika Selatan yang disebarkan melalui perdagangan ke seluruh Asia termasuk Indonesia. Versi kedua, batik berasal dari Indonesia asli. Pendapat ini diperkuat oleh penelitian yang dilakukan oleh Soeharto dkk, dalam buku Indonesia Indah “Batik”  yang berawal dari penemuan situs-situs ragam hias atau lukisan di dinding-dinding gua. Ragam hias ini banyak ditemukan di gua-gua pedalaman Kalimantan yang berupa ragam hias atau lukisan gambar manusia, hewan dan yang paling banyak adalah gambar telapak tangan manusia pada dinding-dinding gua yang dipenuhi dengan pigmen merah sebagai simbol kepercayaan magis. Gambar-gambar telapak tangan tersebut oleh masyarakat primitif merupakan kepercayaan mereka terhadap kekuatan-kekuatan gaib/magis. Telapak tangan sebagai simbol penolak bala sedangkan pigmen merah dianggap simbol roh jahat.Anggapan bahwa dari tradisi lukisan sebagai asal-usul seni batik. Versi ini dikarenakan teknik lukisan di dinding gua tersebut menggunakan teknik rintang warna seperti pada seni batik.



Perkembangan seni ini belum ada yang meneliti secara detail, dari lukisan di dinding gua sampai menjadi bahan batik. Akan tetapi dapat dianalisis dan dijadikan dasar bagaimana perkembangan seni batik yaitu dari lukisan di dinding gua, kemudian masyarakat primitif berkembang dan mengeksplorasi zat-zat pewarna alam. Masyarakat pedalaman kemudian dalam perkembangannya, mereka memanfaatkan penemuannya tersebut bukan lagi pada lukisan di gua melainkan juga mengembangkan karyanya dengan melakukan lukisan di tubuh dengan istilah rajah (tattoo). Kemudian setelah peradaban manusia semakin maju masyarakat primitif pun mulai mengenal pakaian dan seni pewarnaan. Kemudian oleh karena perkembangan peradaban manusia yang semakin maju, batik atau teknik rintang warna mulai dikembangkan oleh berbagai pihak dan mengalami beberapa perubahan dengan menyempurnakan dari teknik yang sebelumnya. Berdasarkan teori di atas, batik merupakan peninggalan budaya manusia dan berkembang menjadi kesenian. Bukti-bukti yang menguatkan batik berasal dari Indonesia yang dimulai dari pedalaman Kalimantan yaitu, batik mulai menjadi budaya yang berkembang pesat pada zaman kerajaan dan di Indonesia kerajaan pertama kali tumbuh adalah kerajaan Kutai di Kalimantan. Namun ada pendapat lain yang mengatakan bahwa secara historis, batik telah ada sejak zaman nenek moyang yang dikenal sejak abad XVII yang ditulis dan dilukis pada daun lontar. Motif yang marak pada waktu itu adalah motif bentuk binatang dan tanaman, yang kemudian berkembang dari corak-corak lukisan binatang dan tanaman lambat laun beralih pada motif abstrak yang menyerupai awan, relief candi, wayang beber dan sebagainya. Selanjutnya melalui penggabungan corak lukisan dengan seni dekorasi pakaian, lahirlah seni batik tulis seperti yang kita kenal sekarang ini. Kata Batik itu sendiri diserap dari bahasa Jawa “amba” yang artinya menulis dan “nitik”. Batik erat dikaitkan dengan kebudayaan etnis Jawa, ditengarai sudah ada sejak zaman Raden Wijaya (1294-1309) pada masa pemerintahan kerajaan Majapahit. Setelah akhir abad XVIII, batik mulai meluas menjadi milik rakyat Indonesia dan khususnya suku Jawa. 

























ASAL USUL BATIK DI MALAYSIA





Batik berasal daripada perkataan jawa "amba" yang bermaksud tulis dan "nitik" yang membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk , antaranya adalah batik tulis , batik skrin , dan batik terap . Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun , kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria . Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon , Mali dan Nigeria atau di Asia seperti Bangladesh , India , Indonesia , Iran , Malaysia , Sri Langka dan Thailand . Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara . 


Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah . Batik adalah merupakan salah satu bidang kraftangan tradisional yang unik dan terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan reka coraknya. Ini melambangkan satu kemahiran kerja tangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri.


Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, salah satu teknik ialah Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur. Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat daripada kepingan keluli juda turut diperkenalkan.  Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus buatannya. Blok-blok khas disediakan untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain, Kapit Kain dan Badan Kain


Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik sarung dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik.

Akhir sekali, motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah beberapa corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai susunan dan tata letak, seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.






































Jenis Motif Batik Untuk Baju Kurung Batik



  • Motif Flora



  • Motif dari tumbuh-tumbuhan seperti Pucuk Rebung, Bunga Kenanga, Cempaka dan lain-lain. Tumbuhan ini biasanya terdapat pada kain batik yang lama. Terkini, kebanyakkan pengusaha batik menggunakan motif flora seperti bunga raya, orkid dan ros dan diubah mengikut peredaran masa.













  • Motif Haiwan






  • Motif jenis ini dilakar mengikut kreativiti yang bersumberkan haiwan, laut, darat dan udara. Batik Malaysia terhad dalam penggunaan Motif yang melibatkan haiwan kerana ia dilarang dalam Islam. Biasanya, hanya kain sarung sahaja yang banyak menggunakan Motif Fauna.















  • Motif geometri 



  • Motif jenis ini diubah dari pelbagai variasi seperti pengulangan motif. Pengulangan Motif ini melibatkan bentuk bulat, bentuk segi tiga, segi empat dan lain-lain.


    • Untuk hiasan kaki kain atau gigi — susunan garis-garis halus, motif parang rusak, motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.
    • Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
    • Untuk menghiasi batik panjang — motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur sering digunakan.
    • Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan bentuk geometri sebenarnya, ini merupakan campuran gaya organik


    Penutup 



    Penutup yang dapat digariskan di sini adalah Baju Kurung yang asal sememangnya direka dan digaya mengikut tatacara pakaian Melayu yang berteraskan hukum Islam. Pakaian tersebut, baik lelaki mahupun perempuan  menghindari eksploitasi bentuk badan dan bertujuan melindungi maruah yang memakai pakaian tersebut. Ia juga dibentuk supaya mudah dapat mengerjakan ibadah seperti solat. Ini dibuktikan melalui potongan-potongan badan, lengan dan bukaan kaki seluar yang luas dan longgar. Bagaimanapun, oleh kerana kefahaman yang sedikit tentang asal-usul dan adab mengenakan Baju Kurung, maka rekaan-rekaan baru yang diinspirasikan daripada Baju Kurung tradisional telah diubah sifatnya mengikut selera pakaian moden. Seringkali kita melihat ‘Baju Kurung Moden’ yang ada pada hari ini diubah sifat dan gayanya sehingga tidak langsung menyerupai Baju Kurung. Namun, kenapa baju-baju moden yang dipakai oleh majoriti kaum Melayu ini masih menggunakan nama asalnya Baju Kurung? Apa yang telah didapati fahaman dan makna Baju Kurung itu sendiri amat longgar di kalangan masyarakat samada yang mereka pakaian tersebut (pereka fesyen), yang mempromosikannya (media) dan yang menggunakannya (konsumer). Oleh itu, jika manipulasi terhadap baju kurung ini dibiarkan, generasi baru tidak lagi kenal bentuk Baju Kurung dan prinsip-prinsip yang terbina dalam cara pakaian Melayu ini.

No products found
Use fewer filters or remove all