Collection: Baju kurung pahang

Baju Kurung Pahang atau dikenali sebagai Baju Kurung Riau Pahang pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.

 

baju kurung pahang

Evolusi fashion saat ini semakin cepat untuk menyesuaikan dengan perubahan trend tahun 2021, dan selalu menjadi pilihan wanita karena berbagai gaya baru menambahkan sedikit sentuhan modern. Dengan setiap revolusi yang berubah, identitas asli fashion seperti Baju Kurung Pahang telah terjaga. Baju Kurung Pahang tidak pernah ditelan waktu dan masih trendi di pejabat atau tempat kerja dan acara-acara di Hari Raya.

Baju Kurung Pahang waktu kini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Dengan memperagakan gaya yang kelihatan simple tetapi elegan. Selain itu, diperbuat daripada pelbagai jenis kain yang dapat memberi keselesaan kepada si pemakai dan pengguna.















Ciri-Ciri Baju Kurung Pahang



ciri ciri baju kurung pahang






Menurut Azah Aziz dalam buku Selayang Kenangan (1990:8), pakaian Riau Pahang hanya dikenakan oleh kerabat Raja, Pahang, Johor, dan Terengganu. Ia juga menjelaskan bahawa dasar dari kit tersebut adalah kombinasi dari Baju Kurung Cekak Musang dan Kebaya Labuh. Baju Riau Pahang memiliki ciri khas kerah tinggi dari Baju Kurung Cekak Musang dan dibelah di depan dengan hanya setengah kancing seperti Kebaya Panjang . Disebut sebagai baju raja, biasanya memiliki tujuh atau sembilan kancing.


Siti Zainon telah menyatakan bahawa rekonstruksi pakaian cara Melayu dengan gabungan unsur yang disusun berdasarkan urutan sejarah sejak abad ke 13 dan dilanjutkan dengan gabungan unsur persekitaran warisan budaya Melayu dari abad ke 15 hingga abad ke 19.


Menurut Zubaidah Syawal dalam Busana Melayu (1994:85), Baju Riau Pahang adalah antara baju tradisional Melayu yang paling rumit dan istimewa potongannya. Sehingga ke hari ini tidak ramai rukang jahit yang mempunyai kemampuan untuk meniru cara potongan baju tersebut jika sekadar melihat sepintas lalu sahaja.


Setidaknya ada tujuh jenis kain yang digunakan oleh wanita istana: Songket, Terepuk, Pelangi, Suji/Tekat, Serasa, Taffeta dan cindai. Semua jenis kain tersebut menggunakan bahan yang mewah dan kain import seperti tenun taffeta di Istanbul dan linen dari India,  dengan proses dan teknik seperti bordir (tecat, suji), tenun (shindai) dan menyungkit.(Songket), Pelepuk (Telepuk) , Ikat Celup (Pelangi). Pandangan yang disuarakan oleh oleh Raja Fauziah Raja Tun Uda yang telah bekerja di Istanbul selama beberapa tahun berpendapat bahawa Baju Riau Pahang mirip pakaian orang Turki dahulukala.  


Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor kerap berkunjung ke Turki untuk bercuti selama berbulan bulan lamanya. Mungkin kerana tertarik dengan keindahan pakaian orang Turki, maka unsur unsur pakaian Turki itu diambil dan diserapkan ke dalam pakaian kerabat diraja Johor. Kunjungan kerabat diraja Johor ke Turki bukan sahaja bermula dari era Sultan Abu Bakar, bahkan semenjak Raja Riau-Lingga yang berkunjung ke sana pada tahun 1825.


Baju Pahang menyerupai baju formal wanita Melayu yang lain iaitu berbentuk seperti leher baju kurung cekak musang tetapi bajunya terbelah di hadapan dari leher hingga ke kaki baju. -Bahagian hadapan baju di kancing dengan butang sejumlah lima, tujuh atau sembilan butir.

Pada masa dahulu, butang yang digunakan ialah butang baju Melayu lelaki tetapi sekarang baju ini telah digubah dengan menggunakan pelbagi jenis butang yang terdapat di pasaran.










































Contoh Variasi Baju Kurung Pahang Masa Kini


Baju Kurung Pahang  Checkered




Baju Kurung Pahang Checkered










Terdapat Pengaruh Islam Dalam Reka Bentuk Baju Kurung Pahang










Sebagaimana baju tradisi yang lain, Baju Riau Pahang juga diperbuat daripada dasar-dasar tambahan - untuk mendapatkan potongan badan pemakai. Pada kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang berlainan sekali dengan pesak Baju Kurung tetapi tidak berkekek.


Lengan bajunya lebar dan lurus seperti Baju Kurung dan pada bawah lengan disambungkan kekek gantung. Bahagian rusuknya berpesak kembang yang disambungkan kepada bahagian belakangnya yang menirus ke bawah. Bagaimanapun Tengku Ampuan Mariam mempunyai bermacam-macam cara potongan tetapi masih tetap berkolar tinggi dan berpesak kembang.


Butang yang dijahit pada Baju Riau Pahang adalah tujuh atau sembilan butir butang yang diletakkan pada bahagian hadapan baju. Lubang butang ditindih dari kanan ke kiri dan biarkan terbuka dari bahagian perut ke bawah. Kain sebanyak 2.5 - 3 meter diperlukan termasuk kain yang digunakan untuk membuat pesak-pesak kembang untuk menyiapkan sehelai Baju Rian Pahang.

Penutup



Secara keseluruhan Baju Kurung Pahang yang menjadi tajuk utama dalam kajian saya untuk pengajian sarjana memberi satu kesimpulan yang pakaian ini wujud pada masa kedatangan Islam di Nusantara lagi. Sama ada melalui pedagang Arab, India atau China, saya mendapati pakaian jubah atau baju panjang ini menjadi satu cara berpakaian orang-orang yang datang ke kepulauan Malayu ini melalui jalan rempah atau jalan sutera.


Terdapat juga kebarangkalian yang cukup kuat apabila pembuktian yang Islam sudah bertapak di kepulauan Melayu atau Nusantara se-awal abad ke 7 Maschi lagi, bila pendakwah Islam yang berasal dari Arab telah menetap di bandar-bandar dan pelabuhan utama dan mewujudkan keluarga-keluarga Arab yang kemudian berkahwin dengan anak-anak pemerintah dan mendirikan kerajaan Islam di kawasan tersebut.


Dengan kedatangan Islam ia bukan sahaja telah membawa satu kepercayaan baru kepada penduduk di situ malah telah turut mempengaruhi budaya orang Melayu nusantara yang pakaian Islam berlandaskan jubah yang menjadi dasar atau asas kepada cetusan pemikiran pemerintah untuk mewujudkan satu cara berpakaian menurut kedudukan dan pengaruh pemerintah di situ.


Penerimaan Islam juga menimbulkan reaksi positif terhadap perubahan pakaian penduduk di situ. Yang paling mirip kepada baju jubah dari segi potongan penggunaan fabrik, menjurus kepada Baju Kurung Pahang. Sekiranya kajian ini dijalankan dengan lebih mendalam dan saintifik, Baju Kurung Pahang boleh dianggap baju Melayu pertama yang wujud di Nusantara setelah kedatangan Islam.

No products found
Use fewer filters or remove all